Monday, 7 May 2012
Saya pun nak jadi jutawan...
Masa kecik-kecik dulu, sewaktu di sekolah rendah, apabila cikgu tanya.. “Apa cita-cita awak?”, saya akan cakap.. “Saya nak jadi polis!”. Kawan-kawan saya pula, ada yang nak jadi cikgu, bomba, askar, doktor dan macam-macam lah.. yang nak jadi komunis pun ada. Ha! ha!
Sewaktu di sekolah menengah pula. Selepas peperiksaan PMR , pihak sekolah ada mengadakan minggu kerjaya. Pada minggu tersebut, beberapa pihak dijemput untuk membuat pameran dan taklimat di sekolah. Antaranya adalah seperti polis, askar, bomba, jururawat, pegawai bank dan ramai lagi.
Bagi mereka yang berminat nak jadi bomba, boleh jumpa pakcik-pakcik bomba yang ada pada hari itu untuk bertanyakan sebarang soalan. Manakala yang nak jadi polis pula, boleh jumpa dengan En. polis dan
bertanyakan bermacam-macam soalan mengenai polis.
Macam mana nak jadi polis?
Susah ke tak jadi polis?
Apa kelulusan yang perlu ada untuk jadi polis?
Berapa gaji polis sebulan?
Best tak tangkap orang jahat?
dan berbagai-bagai lagi soalan..
Memang seronok pada waktu itu, banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi hasil “menemuramah” En. polis tersebut. En. Polis tu pun jenis layan baaaeeekk punya!
Itu kisah sewaktu di zaman persekolahan…
Apabila sudah meningkat dewasa… seiring dengan perkembangan ilmu di minda, ditambah lagi dengan pengaruh-pengaruh persekitaran. Cita-cita yang ada di dalam diri sewaktu kecil dulu sudah berubah. Jika dulu nak jadi polis, kini, cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang usahawan jutawan yang berjaya.
Tidak seperti di alam persekolahan dulu, pihak sekolah akan berusaha menemukan kita dengan pihak yang telah terlibat dengan sesuatu pekerjaan yang kita cita-citakan. Tapi sekarang, kita perlu cari sendiri orang-orang tersebut.
Masalah bagi saya… dimana saya nak mencari usahawan-usahawan jutawan yang telah berjaya untuk saya berbual dan bertanyakan soalan-soalan tentang “Bagaimana hendak menjadi jutawan?”.
Kebanyakkan jutawan adalah sibuk, dan masalah yang paling besar.. siapa pula saya ntuk bertemu mereka dan bertanyakan soalan? Rasa seperti tiada harapan untuk saya bertemu, bertanyakan soalan dan mengorek rahsia dan pengalaman-pengalaman mereka tentang, bagaimana hendak menjadi jutawan....tapi dalam biz ni tiap2 minggu boleh jumpa jutawan dan dapat ilmu free jer...Bestt gila...bila dengar jutawan bercakap bagi ilmu..
Bukankah itu yang sebaiknya?
Begitulah jika kita ingin jadi jutawan.. kenalah tanya pada mereka yang sudah bergelar jutawan.. jangan pula tanya pada rakan sepejabat atau bos anda yang “masih” belum menjadi jutawan.. takut-takut nanti, ilmu & pengalaman yang diperolehi itu kurang tepat pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment